Feb 26, 2022 - FASSelangor FC dan Vizione hari ini mencapai persetujuan untuk meneruskan penajaan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2022.
Vizione adalah salah satu rakan penaja rasmi sejak 2019 lagi dan melihat hasil kerjasama sebelum ini, Vizione terus kekal komited untuk bersama Selangor FC. Melalui persetujuan ini nilai tajaan RM 1,000,000 disalurkan untuk pembangunan kelab.
Berkata Pengurus Urusan Vizione Dato' Ng Aun Hooi:
"Vizione merasa berbesar hati untuk meneruskan penajaan bersama Selangor FC pada tahun ini, dengan kerjasama ini Vizione yakin ianya adalah langkah terbaik dan selari dengan tujuan kami untuk kembali memartabatkan Selangor kembali di kancah bola sepah tempatan".
Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut menzahirkan rasa gembira beliau di atas kerjasama yang terjalin ini."Selangor FC menerima baik Vizione sebagai rakan penaja dan kesungguhan mereka untuk meneruskan kerjasama ini. Selangor FC sentiasa membuka ruang untuk kerjasama bersama para penaja dan Vizione adalah syarikat yang sentiasa memberikan sokongan daripada awal lagi. Di harapkan dengan kerjasama ini dapat kita mengecapi kejayaan bersama di masa hadapan".
Terima kasih Vizione di atas penajaan ini! Demi Kebanggaan.